Cukur kepala atau membotakkan kepala adalah membuangkan
rambut di kepala dengan menggunakan pisau cukur atau seumpamanya sehingga
lincin kepalanya. Allah jadikan perempuan atau muslimah ini dengan sebaik
kejadian dan dihiaskan dengan rupa dan paras yang cantik. Rambut perempuan juga
merupakan perhiasan kepadanya. Setiap perhiasan yang Allah anugerahkan kepada
perempuan wajiblah dijaga dengan baik mengikut syarak yang telah ditetapkan
dalam Islam.
Namun, bagaimana hukumnya jika seorang perempuan mencukur
habis rambutnya, atau sering disebut botak?
Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah
haram kerana itu perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw di dalam
hadisnya yang bermaksud:
“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan
suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat
Imam Al-Bukhari)
Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan
berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika
ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan
sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya.
![]() |
| MODEL GAMIS TERBARU, 0878 8030 0416 |
Islam mencegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya
adalah haram. Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim mengatakan
bahawa:
“Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang
perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika
mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai menyerupai kaum lelaki”
Isteri yang ingin memendekkan rambut atau memotong sedikit
rambutnya, mestilah mendapat restu atau izin suaminya terlebih dahulu. Manakala
wanita yang tidak bersuami ingin memotong rambutnya untuk lebih cantik dan
lebih kemas, maka ada ulamak berpendapat harus dengan syarat potongan rambutnya
tidak menyerupai lelaki.
Kesimpulannya Mencukur atau membotakkan kepala bagi
muslimah, hukumnya adalah haram kerana menyerupai lelaki dan Rasulullah tidak
menyukai perbuatan tersebut.
CUSTOMER SERVICE
Info/ Pemesanan :
0878 8030 0416(XL)/ SMS/ CALL
D480 798D (PIN BB)
Alamat : Jl. Maya Mulyasari RT 04/ RW 07, Kec. Majenang, Kab. Cilacap, Jawa Tengah 53257
Info/ Pemesanan :
0878 8030 0416(XL)/ SMS/ CALL
D480 798D (PIN BB)
Alamat : Jl. Maya Mulyasari RT 04/ RW 07, Kec. Majenang, Kab. Cilacap, Jawa Tengah 53257


Tidak ada komentar:
Posting Komentar